Saturday, December 4, 2010

Detoxifying Foot Patch

Pernahkah anda mencuba Detoxifying Foot Patch?

Jika anda mengalami tanda-tanda berikut;
pening kepala, sakit belakang/sendi, susah tidur, badan sering letih atau anda seorang perokok.

Cubalah Detoxifying Foot Patch. Pakai di tapak kaki sebelum tidur dan rasakan perubahannya selepas beberapa malam menggunanya.

Maklumat lanjut, hubungi kami melalui email bantuan @ zaren.my (hilangkan jarak pada email)


Sent via Blackberry. http://www.zaren.my/

Bagaimana rasanya?

Bagaimana rasanya kalau dapat berehat sebentar di beranda rumah sendiri bersama-sama isteri dan anak-anak? Bersantai menikmati minuman petang berserta sedikit kuih dinikmati bersama.

Ya, rumah yang selesa memberikan ruang untuk anda sekeluarga bersama-sama dalam situasi harmoni dan ceria.

Jangan sekali abaikan kepentingan meluangkan masa bersama keluarga dimasa lapang. Ianya mampu mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.

Thursday, September 30, 2010

Jangan berlagak beli TV LED

Raya ni ada yang tukar TV LED tak?  Yalah setakat TV skrin leper ni pun harganya dah murah tak macam mula-mula keluar dulu tetapi bergantung kepada ketajaman gambar dpi. Tapi korang jangan nak kerek dengan TV skrin leper korang tu..

Sebab di di Russia, tv flat cuma untuk kandang lembu jer . Skrinnya bergambar padang rumput supaya lembu-lembu tu berasa seperti di tempat luas yg penuh dengan rumput, dan katanya agar lembu tidak mudah stress! Bila tak stress badan pun cepat gemuk, bila cepat gemuk cepatlah kena sembelih.







Daniel Zahrin - The Author and Best of All, Your Friend.. :)
I Am Number Two (http://iamnumbertwo.net) 
Follow me on: Facebook Twitter
Twitter Latest tweet: Fast Growing Development (Desaru Villa) http://goo.gl/fb/ppx4x
  Get this email app!  

Wednesday, September 22, 2010

Rumah Idaman Anda.

Setiap orang memerlukan tempat tinggal yang selesa sebagai salah satu daripada keperluan asas dalam kehidupan. Tapi tidak semua mampu untuk memiliki rumah sendiri. Ramai yang masih lagi perlu menyewa bagi memenuhi keperluan asas tersebut.

Terdapat beberapa tips untuk mendapatkan kediaman yang sesuai dengan anda.

1. Bajet. Sebelum anda membeli atau menyewa, perlulah diketahui berapa bajet yang mampu anda keluarkan sama ada untuk membayar pinjaman ataupun untuk membayar sewa bulanan termasuk bayaran bil utiliti dan sebagainya.

2. Kedudukan geografi rumah. Pastikan ianya sesuai dengan cara hidup anda. Jika anda perlukan ketenangan, carilah rumah yang agak jauh dari pusat bandar. Pastikan juga kawasan perumahan itu bebas dari bencana alam untuk mengelakkan kos tambahan pada masa akan datang kerana kebanyakkan syarikat insurans tidak menanggung kos gantirugi jika terlibat dalam bencana alam.

3. Carilah rumah yang berhampiran dengan tempat kerja anda. Ianya memudahkan selain mengurangkan kos pengangkutan anda ke tempat kerja.

4. Perhatikan kejiranan anda dan perkhidmatan tambahan yang tersedia. Ada masanya anda tidak sesuai berada di kejiranan berkenaan. Selain itu perlu dipertimbangkan kedudukan rumah berhampiran dengan kedai, jalan utama dan lain-lain untuk kemudahan dan keselesaan.

5. Status rumah juga penting bagi mereka yang ingin membeli rumah. Freehold (pegangan bebas), leasehold (pegangan pajak) atau lot bumiputera. Jika anda bercadang tinggal lama di satu kawasan tanpa berpindah ke tempat lain, freehold adalah yang terbaik manakala jika anda bakal berpindah pada masa akan datang, leasehold juga merupakan pilihan yang baik.

Dalam apa juga keadaan, sebelum anda memilih untuk membeli atau menyewa rumah idaman anda, perlulah bertanya pada diri sendiri tentang kesesuaian rumah yang dipilih untuk keselesaan anda.


Untuk maklumat lanjut atau bantuan berkenaan dengan hartanah atau rumah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Gelang Patah, hubungi 010-8225670 (zaren) atau terus ke laman web http://www.zaren.my/



 

 

ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W

Zaren Property Classifieds  (http://home.zaren.my)

All About Property in Malaysia  (http://blogger.zaren.my)

Facebook Hartanah Malaysia (http://facebook.zaren.my)

Follow Me On Facebook Twitter
Twitter Latest tweet: Check out "Fikir Pandai atau Bodoh" from #Innit http://innit.nuffnang.com/view/285014
  Get this email app!  

Saturday, September 18, 2010

Fikir Pandai atau Bodoh

Masa Hari Raya kedua yang lepas, ada kawan aku datang bertandang kat rumah. Dah lama tak berjumpa panjang pulak ceritanya.

Cerita punya cerita, tiba-tiba sahabat aku ni buka cerita pasal oneauction.com.my yang agak menarik. (nizam namanya - bukan nama sebenar tapi kalau nama sebenar pun bukan orang tau kan.)

Aku pun terus keluarkan laptop nak tengok sendiri website tu.

Memang menarik perhatian pun. Bayangkanlah kalau barang berharga ribuan ringgit tiba-tiba boleh jatuh sampai bawah RM100 termasuk penghantaran.

Nampak macam tak logik tapi memang betul terjadi.

Sebab nak tau sangat, aku pun register akaun kat website tu. Dapatlah 5 bid percuma yang sepatutnya bernilai RM2.00 setiap bid.

Kat sini ada sikit masalah.

Petang tadi lepas je balik dari melawat tapak projek aku terus je tengok website ni saja nak tengok-tengok.

Ada sesuatu yang memeranjatkan. Website tu offer 200 bid percuma untuk di'bid'. Memang menarik tapi ada dua orang bodoh yang tak tau apa sebenarnya yang dia buat.

Diaorang berlawan nak dapatkan 200 bid percuma tu dengan menggunakan lebih 200 bid yang diaorang ada. Pelik..? Memang pelik tapi betul-betul terjadi.

Sambil-sambil tengok tv kat dalam pejabat aku ni aku tunggu sampai dekat 2 jam diaorang masih lagi berlawan bid.

Apa jadah pulak buat macam tu.. Geleng kepala jelah yang boleh.

Ok.. Kat sini aku saja nak bagi nasihat kat sesiapa yang berminat dengan "auction" yang macam ni.

1.  Letakkan had berapa banyak bid yang akan digunakan untuk mendapatkan sesuatu.

2.  Kena tahu bahawa setiap kali bid dikenakan bayaran RM1.50 hingga RM2.00. Bermakna kalau letak bid sampai 30 kali bersamaan dengan RM60.00 yang dah dikeluarkan untuk bid sahaja.

3.  Jangan jadi bodoh. Berhenti bid kalau dah lebih dari had yang sepatutnya. Antara 20-50 bid dah cukup. Tak boleh nak menang punya lah. Bagi peluang kat orang lain. Melainkan kalau bid yang dah dibuat tu untuk barang yang berharga beribu ringgit.

Ok. Aku tak tau sangat pasal benda ni. Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi pengalaman ataupun saja nak bagi nasihat, sila comment.

Thanks..



.

 

 

ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W

Zaren Property Classifieds  (http://home.zaren.my)

All About Property in Malaysia  (http://blogger.zaren.my)

Facebook Hartanah Malaysia (http://facebook.zaren.my)

Follow Me On Facebook Twitter
Twitter Latest tweet: Protest on Public Quran Burning by Americans http://goo.gl/fb/Hv5ZI
  Get this email app!  

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 2010 dari Zaren Enterprise

Kami di Zaren Enterprise ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pelanggan, pelawat dan pengguna website Zaren Enterprise.

Ucapan ikhlas dari Zaren Enterprise (Malaysia), anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu. Semoga Aidilfitri memberikan sinaran baru yang penuh keberkatan.



 

ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W

Zaren Property Classifieds  (http://home.zaren.my)

All About Property in Malaysia  (http://blogger.zaren.my)

Facebook Hartanah Malaysia (http://facebook.zaren.my)

Follow Me On Facebook Twitter
Twitter Latest tweet: Protest on Public Quran Burning by Americans http://goo.gl/fb/Hv5ZI
  Get this email app!  

Protes Tindakan Bakar Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi ada berita dalam Buletin Utama berkenaan dengan cadangan rakyat Amerika yang ingin memperingati 9/11 dengan membakar naskah Al-Quran secara terbuka.

Perbuatan ini sememangnya bersifat kurang ajar dan tak bertamadun lebih teruk daripada binatang.

Tiada agama di dalam dunia ini yang menggalakkan perbuatan yang tidak senonoh dan hanya segelintir yang fanatik dan taksub yang sanggup berbuat demikian.

Dengan ini saya yang mewakili organisasi Zaren Enterprise dan semua anak syarikat serta syarikat bersekutu memprotes perbuatan sedemikian yang diklasifikasikan sebagai sifat binatang dan "sengaja cari gaduh".

Bangsat sungguh perbuatan tu...!



 

ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W

Zaren Property Classifieds  (www.zaren.my)

All About Property in Malaysia  (allaboutpropertymalaysia.blogspot.com)

Follow Me On Facebook Twitter
Twitter Latest tweet: New Real Estate Investment Opportunity @ Desaru Villa http://goo.gl/fb/ycI7f
  Get this email app!  

Wednesday, September 8, 2010

New Real Estate Investment Opportunity @ Desaru Villa

Sponsored Posting by Zaren Enterprise (Malaysia)

Are you interested in Real Estate Investment..?

New Mixed Township Development in Bandar Penawar, Kota Tinggi nearby Desaru Beach, a well known tourist attraction spot.

There are currently 17 units of Double Storey Semi Detached available for immediate purchase at RM500k. Great spot for long term investment. The developer also offers rent-back properties where you can purchase it and rent it back to the developer with RM60k guaranteed return in 2 years contract.


  • 24 hours gated and guarded community with low maintenance fee.
  • 438 acres of new township mix development.
  • major college and universities already operated in Bandar Penawar and there will be more as Bandar Penawar will be the largest Education City in Johor in the future.
  • Linked with E-22 expressway that connect Bandar Penawar to Pasir Gudang, Johor Bahru and Senai Airport. It also directly linked to SecondLink to Singapore and PLUS Expressway.
  • Beautiful scenery with eco natural living environment.

For more information, go to http://showcase.zaren.my/ and drop us your message.





ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W
Zaren Property Classifieds  (www.zaren.my)
All About Property in Malaysia  (allaboutpropertymalaysia.blogspot.com)
Follow Me On Facebook Twitter

Twitter Latest tweet: RM270,000 Single Storey Semi-D @ Desaru Villa http://goo.gl/fb/5aaoN
  Get this email app!  

Tuesday, September 7, 2010

Apa yang berlaku di awal era komputer..?

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

>>> Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah "Press ANY Key" menjadi "Press ENTER Key" kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol "ANY" di keyboard.

>>>  AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer..?

>>>  Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

>>>  Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

>>>  Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol "SEND" di monitor.

>>>  Seorang konsumer DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, "Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya."

>>>  Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. "Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki, tidak terjadi apa-apa." Setelah diselidiki ternyata "pedal kaki" yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

>>>  Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika juruteknik DELL menanyakan adakah "power switch" sudah dinyalakan, dia balik bertanya, "Power switch apa?"

>>>  Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :
Penelefon : Hello, dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya boleh menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah semasa anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan "CD-ROM, 16X".

>>>  Ini pengalaman kawan aku sendiri semasa baru membeli PC. Ketika dia meninggalkan komputernya selama lebih kurang 15 minit untuk membuat air, tiba-tiba windownya jadi gelap dan dia terus menelefon kedai komputer dengan marah-marah. Rupa-rupanya screen saver dia on.



ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W
www.zaren.my  (Zaren Property Classifieds)
allaboutpropertymalaysia.blogspot.com  (All About Property in Malaysia)
Follow me on: Facebook Twitter

Saturday, September 4, 2010

Tahun ni bercuti di mana..?

Nampaknya cuti sekolah dah pun bermula semalam. Universiti pun dah mula tutup. Ramai pelajar dah pun mula berehat di rumah masing-masing ataupun masih juga ada yang masih lagi merayau mencari kelengkapan untuk berhari raya.

Dalam masa bersiap-siap ni janganlah pula sampai berlebih-lebihan ye. Bersederhana adalah lebih baik daripada melakukan pembaziran yang kelak akan memberikan impak yang lebih buruk di masa hadapan.

Minggu hadapan ni jalan akan semakin sesak terutamanya jalan-jalan di pusat bandaraya, lebuhraya keluar dari pusat bandar dan jalanraya untuk masuk ke jalan kampung-kampung terutamanya di bahagian selatan dan utara lebuhraya. Tak lupa juga lebuhraya pantai timur.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk memeriksa kenderaan anda untuk perjalanan jauh walaupun agak terlewat. Ingat, anda akan membawa aset anda yang paling berharga sekali di dalam dunia iaitu diri dan keluarga anda. Kebanyakkan kemalangan yang berlaku di jalan-jalan raya adalah berpunca dari faktor individu bukannya faktor teknikal.

Beberapa perkara perlulah dititikberatkan sebelum, semasa dan setelah sampai ke destinasi. Perkara ini telah banyak kali diulang dan perlu diingatkan setiap masa untuk kebaikkan bersama.


Pastikan anda dalam keadaan sihat fizikal dan mental untuk perjalanan jauh.


Perjalanan semasa musim perayaan adalah lebih mencabar daripada perjalanan biasa anda ke tempat kerja seharian. Walaupun anda mahir dalam selok belok memandu ke tempat tinggal anda, perlu difikirkan perjalanan jauh yang anda tidak pasti keadaannya.

Pastikan anda mengenal kenderaan anda sepenuhnya. Berapa keupayaan kenderaan anda, kapasiti penumpang dan berat, penggunaan minyak atau gas, ketahanan kenderaan dan keupayaan anda untuk memandu.

Dapatkan rehat secukupnya dan periksa kenderaan anda sepenuhnya terutama pada titik-titik kritikal pada kenderaan. Berikut adalah beberapa perkara yang penting untuk diperiksa;

1.  Periksa enjin. Pastikan enjin dalam keadaan baik dan semuanya telah diselenggara dengan sempurna termasuk minyak enjin, sistem penyejuk, sistem stering, bendalir brek, tali sawat (belting) dan semak bila tarikh akhir anda menukar tali sawat pemasa enjin (timing belt). Rujuk manual penyelenggaraan kenderaan jika ada atau servis kenderaan anda di bengkel kegemaran anda.

2.  Periksa keadaan brek dan brek tangan. Pandu di kawasan yang selamat dan lapang untuk menguji brek. Pandu pada kelajuan 60km/j dan tekan brek untuk memastikan kenderaan anda boleh berhenti dengan sempurna. Juga uji brek tangan kenderaan dengan cara yang sama. Penggunaan brek tangan boleh menghentikan kenderaan anda dalam jarak 50-100 meter dengan kelajuan 60km/j.

3.  Periksa alur pada tayar. Ambil pembaris dan kalau anda tiada pembaris, bolehlah pinjam pembaris anak anda yang bersekolah. Jika alur tayar kurang dari 3mm, anda perlulah bersedia untuk menukarkan atau memusingkan tayar anda mengikut manual pengguna.

4.  Periksa juga tekanan angin pada tayar simpanan dan keadaan tayar simpanan. Jika boleh, jangan gunakan tayar simpanan yang terlalu uzur kerana anda memerlukannya sentiasa bersedia. Jangan pula nanti tayar simpanan tidak boleh digunakan ketika ianya diperlukan.

5.  Dah ada tayar simpanan, jangan pulak terlupa memastikan peralatan asas membaiki kenderaan tersedia di ruang simpanan. Termasuk jack, spanar pembuka tayar, spanar kecil bersaiz 10-16mm, playar, test-pen dan beberapa peralatan kecil yang perlu. Segitiga keselamatan atau kon perlu juga dibawa bersama-sama dengan lampu suluh dengan bateri penuh dan beroperasi sepenuhnya.

6.  Periksa keadaan pengelap cermin hadapan dan belakang termasuk tangki simpanan air bagi pembersih cermin. Ianya penting kerana cuaca tidak diduga ketika ini. Pastikan anda telah menukar pengelap cermin sekurang-kurangnya sebulan sebelum perjalanan kerana purata tempoh hayat pengelap cermin adalah 3 bulan sebelum getahnya menjadi keras dan tidak efisyen.

7.  Periksa pendingin udara kenderaan. Ianya adalah penting untuk keselesaan dan keselamatan. Jika anda memandu di waktu malam atau di waktu hujan dengan penumpang dalam kenderaan, suhu boleh meningkat dan menyebabkan kabus di bahagian dalam kabin yang menghalang penglihatan anda.

8.  Periksa semua lampu hadapan, belakang, lampu brek dan brek ketiga, lampu isyarat depan, belakang, kanan dan kiri, lampu kabin dan lain-lain sambungan aksesori kenderaan. Pastikan semua berkeadaan baik dan tidak menyebabkan litar pintas. Beli beberapa unit fius untuk simpanan dan beberapa biji mentol untuk persediaan. Juga jangan lupa mentol lampu hadapan dan simpan di dalam peti peralatan untuk langkah berjaga-jaga. Banyak bengkel yang akan tutup pada hari perayaan.

9.  Akhir sekali, apabila anda dan kenderaan anda telah betul-betul bersedia untuk perjalanan jauh, pastikan anda mengetahui jalan-jalan untuk ke destinasi termasuk jalan-jalan alternatif yang lain untuk kemudahan anda. Penggunaan GPS juga adalah bagus bukan sahaja untuk perjalanan kali ini tetapi untuk jangka masa panjang. Bagi yang telah mempunyai GPS, jangan simpan di dalam bonet kenderaan. Pastikan peta telah dikemaskini ye.

10.  Jadualkan perjalanan anda sebaik mungkin dan berhenti rehat dengan kerap bagi memastikan keselesaan anda dan penumpang. Mungkin anda boleh bertahan tetapi anak-anak mungkin tidak dan ianya akan mengganggu konsentrasi anda kelak. Pastikan jugak jika boleh, ada orang lain di dalam senarai penumpang yang boleh memandu dan menggantikan anda jika perlu.


Tips semasa memandu di musim perayaan.

Sebagai seorang pemandu seperti anda juga, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk keselamatan anda, penumpang kenderaan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.

1.  Kenal kenderaan dan diri anda sepenuhnya. Anda perlu mengawal kenderaan dan bukan kenderaan atau orang lain yang mengawal anda. Pastikan anda tahu saiz kenderaan anda, biasa dengan alatan kawalan kenderaan dan keupayaan kenderaan anda sendiri.

2.  Patuhi hadlaju yang telah ditetapkan. Jalanraya utama akan dikurangkan hadlaju maksima dari 90kmj kepada 80kmj. Patuhi juga papan tanda keselamatan dan destinasi yang dipasang di tepi jalan.

3.  Jangan memandu terlalu perlahan atau terlalu laju. Memandu terlalu perlahan akan menyebabkan pemandu belakang menjadi marah dan tidak sabar selain boleh menjadi pencetus kemalangan maut. Memandu terlalu laju membahayakan diri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

4.  Jangan memotong barisan kenderaan. Perbuatan ini tidak bermoral dan bersifat kurang ajar kerana pemandu lain boleh beratur, mengapa anda tidak..? Selain itu perbuatan memotong barisan ini menyebabkan keadaan jalan semakin sesak. Fikirkan bahawa bukan anda sendiri yang ingin cepat sampai ke destinasi. Pemandu lain juga ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.

5.  Jika anda tidak mampu memandu di waktu malam kerana masalah kesihatan atau penglihatan, ubah jadual memandu di waktu siang dan pastikan anda sampai ke destinasi sebelum malam.

6.  Jika memandu di waktu siang, lebih baik jika anda mempunyai cermin mata khas untuk memandu kerana keadaan jalan yang terang dan menyilaukan. Pastikan juga pendingin udara beroperasi dengan baik untuk keselesaan anda.

Semoga beberapa perkara di atas boleh membantu anda memastikan perjalanan balik kampung yang selesa, selamat dan menyeronokkan. Mulakan dengan Bismillah semoga perjalanan diberkati. Selamat bercuti, selamat memandu dan semoga sampai ke destinasi dengan selamat.






Zaren Enterprise (Malaysia)
http://www.zaren.my (Zaren Property Classifieds)
http://www.iamNumberTwo.net (I'm Number 2, Not Number 1)

http://AllAboutPropertyMalaysia.blogspot.com (All About Property in Malaysia)
http://malaysiahotlist.blogspot.com (My Favorite Handpicked Hot List)

Follow Me On FacebookTwitterGoogleBlogger


I'm Number 2

↑ Grab this Headline Animator

Networked Blog