Terdapat beberapa tips untuk mendapatkan kediaman yang sesuai dengan anda.
1. Bajet. Sebelum anda membeli atau menyewa, perlulah diketahui berapa bajet yang mampu anda keluarkan sama ada untuk membayar pinjaman ataupun untuk membayar sewa bulanan termasuk bayaran bil utiliti dan sebagainya.
2. Kedudukan geografi rumah. Pastikan ianya sesuai dengan cara hidup anda. Jika anda perlukan ketenangan, carilah rumah yang agak jauh dari pusat bandar. Pastikan juga kawasan perumahan itu bebas dari bencana alam untuk mengelakkan kos tambahan pada masa akan datang kerana kebanyakkan syarikat insurans tidak menanggung kos gantirugi jika terlibat dalam bencana alam.
3. Carilah rumah yang berhampiran dengan tempat kerja anda. Ianya memudahkan selain mengurangkan kos pengangkutan anda ke tempat kerja.
4. Perhatikan kejiranan anda dan perkhidmatan tambahan yang tersedia. Ada masanya anda tidak sesuai berada di kejiranan berkenaan. Selain itu perlu dipertimbangkan kedudukan rumah berhampiran dengan kedai, jalan utama dan lain-lain untuk kemudahan dan keselesaan.
5. Status rumah juga penting bagi mereka yang ingin membeli rumah. Freehold (pegangan bebas), leasehold (pegangan pajak) atau lot bumiputera. Jika anda bercadang tinggal lama di satu kawasan tanpa berpindah ke tempat lain, freehold adalah yang terbaik manakala jika anda bakal berpindah pada masa akan datang, leasehold juga merupakan pilihan yang baik.
Dalam apa juga keadaan, sebelum anda memilih untuk membeli atau menyewa rumah idaman anda, perlulah bertanya pada diri sendiri tentang kesesuaian rumah yang dipilih untuk keselesaan anda.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan berkenaan dengan hartanah atau rumah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Gelang Patah, hubungi 010-8225670 (zaren) atau terus ke laman web http://www.zaren.my/
ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W
Zaren Property Classifieds (http://home.zaren.my)
All About Property in Malaysia (http://blogger.zaren.my)
Facebook Hartanah Malaysia (http://facebook.zaren.my)
Latest tweet: Check out "Fikir Pandai atau Bodoh" from #Innit http://innit.nuffnang.com/view/285014 |
No comments:
Post a Comment