Cerita punya cerita, tiba-tiba sahabat aku ni buka cerita pasal oneauction.com.my yang agak menarik. (nizam namanya - bukan nama sebenar tapi kalau nama sebenar pun bukan orang tau kan.)
Aku pun terus keluarkan laptop nak tengok sendiri website tu.
Memang menarik perhatian pun. Bayangkanlah kalau barang berharga ribuan ringgit tiba-tiba boleh jatuh sampai bawah RM100 termasuk penghantaran.
Nampak macam tak logik tapi memang betul terjadi.
Sebab nak tau sangat, aku pun register akaun kat website tu. Dapatlah 5 bid percuma yang sepatutnya bernilai RM2.00 setiap bid.
Kat sini ada sikit masalah.
Petang tadi lepas je balik dari melawat tapak projek aku terus je tengok website ni saja nak tengok-tengok.
Ada sesuatu yang memeranjatkan. Website tu offer 200 bid percuma untuk di'bid'. Memang menarik tapi ada dua orang bodoh yang tak tau apa sebenarnya yang dia buat.
Diaorang berlawan nak dapatkan 200 bid percuma tu dengan menggunakan lebih 200 bid yang diaorang ada. Pelik..? Memang pelik tapi betul-betul terjadi.
Sambil-sambil tengok tv kat dalam pejabat aku ni aku tunggu sampai dekat 2 jam diaorang masih lagi berlawan bid.
Apa jadah pulak buat macam tu.. Geleng kepala jelah yang boleh.
Ok.. Kat sini aku saja nak bagi nasihat kat sesiapa yang berminat dengan "auction" yang macam ni.
1. Letakkan had berapa banyak bid yang akan digunakan untuk mendapatkan sesuatu.
2. Kena tahu bahawa setiap kali bid dikenakan bayaran RM1.50 hingga RM2.00. Bermakna kalau letak bid sampai 30 kali bersamaan dengan RM60.00 yang dah dikeluarkan untuk bid sahaja.
3. Jangan jadi bodoh. Berhenti bid kalau dah lebih dari had yang sepatutnya. Antara 20-50 bid dah cukup. Tak boleh nak menang punya lah. Bagi peluang kat orang lain. Melainkan kalau bid yang dah dibuat tu untuk barang yang berharga beribu ringgit.
Ok. Aku tak tau sangat pasal benda ni. Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi pengalaman ataupun saja nak bagi nasihat, sila comment.
Thanks..
.
ZAREN Enterprise (Malaysia) JM0443791-W
Zaren Property Classifieds (http://home.zaren.my)
All About Property in Malaysia (http://blogger.zaren.my)
Facebook Hartanah Malaysia (http://facebook.zaren.my)
Latest tweet: Protest on Public Quran Burning by Americans http://goo.gl/fb/Hv5ZI |
No comments:
Post a Comment