Mungkin tak ambik endah sangat pasal benda tu sebab sampai je cukup bulan, bil sampai dalam peti surat, terus je online kat Maybank2u atau mana-mana online banking terus je bayar. Betul tak..? Lebih kurang macam aku jugaklah tu. Tapi sekarang ni sebab aku dah nak cuba buat sesuatu pasal bil bulanan yang melambung tinggi, selalu jugak aku tengok meter tu bergerak.
Kalau kereta boleh memecut selagi throttle ditekan, meter elektrik pun macam tu lah jugak.
Hari perayaan dah betul-betul dekat sekarang ni. Rasanya molek jugak kalau aku cerita sikit pasal "karen" ni.
Tenaga Nasional Berhad adalah pembekal tunggal tenaga elektrik di Malaysia. Jadi, setiap rumah akan menerima bil elekrik TNB setiap bulan. Jika bil anda dibawah Rm20 sebulan, maka untunglah anda, bil elektrik anda percuma tetapi kepada pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dalam sebulan, maka anda akan dikenakan charge rate yang lebih tinggi. Senang cakap, semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahal bil elektrik TNB anda.
Persoalannya, berapa ramai pengguna kat Malaysia ni yang gunakan elektrik bawah nilai RM20 tu..? Maknanya nak atau tak nak, terpaksa jugalah bayar caj biasa TNB tu kan.
Semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahallah bil elektrik bulanan anda. Jadi, jika anda ingin mengurangkan bil elektrik bulanan anda, disini saya sertakan cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB anda.
Tukar lampu: Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah kepada lampu kalimantang (fluorescent) . Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu fluorescent ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan haba yang sedikit. Kalau dah suka sangat dengan lampu warna kuning tu jenis lampu "Warm White" sesuailah dengan anda.
Gunakan kipas: Angin dapat menurunkan sedikit suhu bilik dalam beberapa darjah celcius. Cuma jangan lupa untuk menutup kipas apabila anda keluar bilik. Ingat, kipas untuk menyejukkan badan anda, bukannya menyejukkan bilik. Kalau nak gunakan pendingin udara bukan tak boleh. Tapi elok kalau letakkan suhu pada 30 darjah celcius je. Agak sejuk tapi tak terlalu panas. Sesuai dengan iklim tempat kita ni.
Mencabut plug: Ni satu perkara yang selalu sangat orang buat tak kisah je. Gajet seperti pengecas telefon bimbit dan microwave oven menghauskan tenaga elektrik, selagi mana ia disambungkan ke soket elektrik. Alat elektrik yang tidak digunakan dan dibiarkan dalam keadaan standby akan menggunakan lebih kurang 5%-10% dari jumlah bil elektrik bulanan anda. Jadi, sentiasa pastikan alat elektrik yang tidak digunakan ditutup siusnya.
Beli alat elektrik jimat tenaga: Jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun atau lebih, tukarlah kepada peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa sekarang lebih cekap tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi.
Pengunanan mesin basuh: Basuhlah baju anda hanya dengan muatan kain penuh. Ini akan menjimatkan tenaga elektrik dan juga air.
Servis penghawa dingin: Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter penghawa dingin sekurang-kurangnya beberapa bulan sekali. Nak sejuk jangan malas-malas nak cuci. Senang je, boleh buat sendiri kat rumah.
Jika cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB ini berjaya dipraktikkan, tidak mustahil anda akan melihat penjimatan sebanyak 30%-40% bil elektrik rumah anda. Jika anda ada sebarang tips untuk menjimatkan bil elektrik, sila kongsikan dibawah dengan mengisi ruangan komen.
Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.
Zaren Enterprise (Malaysia)
http://www.zaren.my (Zaren Property Classifieds)
http://zaren-properties.blogspot.com (Real Estate in Malaysia)
http://zaren-my.blogspot.com (I'm Number 2, Not Number 1)
http://myplace.zaren.my (Where I Hang Out Most Of The Time)
--- @ WiseStamp Signature. Get it now
setuju basuh baju byk2 tu.. jimat air dan tenaga..
ReplyDeleteSMS Raya VS Kad Raya