Okay..
Masa buat blogwalking baru je kejap tadi, aku ada terjumpa satu posting dari sahabat blog aku di RonaldBlog dan tertarik untuk menulis berkenaan dengan Stock Photo.
Sebenarnya stock-photo ni memang amat menarik. Apa yang anda perlukan adalah sebuah kamera tak kira apa jenis sekalipun asalkan bukan kamera telefon yang mempunyai resolusi rendah macam telefon aku ni. Hahaha..
Macam mana stock photo boleh dijadikan income..?
Caranya agak mudah. Anda perlu berimaginasi. Mempunyai pemikiran kreatif. Memandang sesuatu pada perspektif berbeza. Tanpa imaginasi, kreativiti dan pandangan perspektif, sukar untuk anda berjaya dalam menceburi bidang stock photo kerana permintaan agensi dan individu terhadap foto-foto kreatif ini semakin pelbagai dan bercitarasa tinggi.
Contohnya. Saya dan kawan saya sendiri melakukan kerja ni sebagai pendapatan tambahan. Agak mengejutkan bila dia mendapat cek daripada agensi yang mengiklankan stock photo milik kami bernilai ribuan USD setiap beberapa bulan hinggalah sekarang.
Profession utama kawan saya tu adalah jurugambar pengantin tapi kamera tak pernah terlepas dari tangannya dan pantang jumpa sesuatu yang menarik, pasti dipetik suis kamera tu.
Ada masanya macam tak masuk akal kalau gambar sekeping kayu reput terdampar di tepi pantai bernilai ratusan dollar.
Kesimpulannya, jika anda ada kamera dan mempunyai pemikiran imaginatif, kreatif dan memandang sesuatu pada pelbagai perspektif berbeza, anda boleh menceburi bidang stock photo. Hanya satu perkara penting yang perlu diberatkan. Pastikan ianya adalah idea asal kreativiti anda dan tidak melibatkan orang atau lain-lain yang boleh melanggar hakcipta dan privasi individu atau organisasi.
Apa kata selepas ini, anda keluar dari rumah dan cuba berimaginasi kreatif dengan kamera digital anda yang dah lama tersimpan dalam laci. Pasti menarik dan memberikan kepuasan kepada diri anda..! Itu lebih bernilai dari wang.
Terbitan Asal dari RonaldBlog: http://naldblog.blogspot.com/2010/08/buat-duit-dengan-foto.html
Zaren Enterprise (Malaysia)
http://www.zaren.my (Zaren Property Classifieds)
http://www.iamNumberTwo.net (I'm Number 2, Not Number 1)
http://AllAboutPropertyMalaysia.blogspot.com (All About Property in Malaysia)
http://myplace.zaren.my (Where I Hang Out Most Of The Time)
--- @ WiseStamp Signature. Get it now
No comments:
Post a Comment