Monday, August 30, 2010

Jalur Gemilang, Maruah Bangsa.

Tengah malam nanti akan hadirlah detik ulangtahun ke-53 kemerdekaan Malaysia setelah lebih 500 tahun di bawah jajahan orang asing. Jumlah angka yang kecil sekali tempoh kemerdekaan Malaysia tercinta ini.

Umurnya masih lagi muda. Masih lagi rapuh. Tugas kita sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankannya untuk selama-lamanya selagi hayat masih dikandung badan.

Beberapa ketika pada awal tahun ini dah pun berlaku beberapa peristiwa dan yang terbaru sekali imej Jalur Gemilang dicemarkan lagi. Dikotorkan dengan najis dan diperlakukan dengan tidak sewajarnya oleh rakyat Indonesia.

Tak kira bendera negara, negeri, syarikat atau persatuan. Martabat bendera tidaklah dapat disangkal ketinggiannya. Perlulah dihormati dan disanjung tinggi.

Tetapi, fikirkan sejenak...

Kita akan menjadi marah dan memberontak sekiranya Jalur Gemilang diinjak-injak dan dihina oleh rakyat negara asing.

Pernahkan anda lihat Jalur Gemilang tersadai di tepi jalan raya..?

Pernahkah anda lihat Jalur Gemilang kotor dengan tanah.

Pernahkan anda lihat Jalur Gemilang dipijak oleh "warganegara Malaysia" sendiri..?

Pernahkah anda lihat Jalur Gemilang dililit di pinggang..?

Pernahkah anda lihat Jalur Gemilang diperlakukan dengan tidak sewajarnya..?

Adakah perkara di atas itu tidak menunjukkan ketidakhormatan kita sebagai warganegara Malaysia sendiri..?

Hormati dan Sanjungilah Jalur Gemilang.

Itulah maruah, martabat, harga diri dan kebangaan yang kita ada.


Beberapa Cara Penggunaan Jalur Gemilang

> Jika dipasangkan pada tiang tidak kira tinggi atau rendah, hendaklah kepala Jalur Gemilang berada di atas aras bahu anda. Jika pada tiang bendera yang tinggi, hendaklah ianya dipasangkan pada tiang sebelah kiri mengikut arah jalan raya utama yang berhampiran atau pada pandangan tetamu. Ini adalah kerana bendera perlulah dipaparkan dan bukan untuk dilihat sendiri oleh pemasang bendera.

Jika dipasangkan pada dimana terdapat tiga bendera, Jalur Gemilang hendaklah dipasangkan di tiang tengah diikuti bendera negeri di sebelah kiri dan bendera organisasi di tiang kanan pada pandangan tetamu atau dari arah jalan raya. Ini bermakna arah pandangan bendera di seberang jalan yang lain adalah bertentangan dengan arah jalan yang satu lagi.

> Jika dipasangkan pada kereta, pasangkan di atas bumbung bahagian depan bukan di bahagian ekor kenderaan. Boleh, bukannya tidak dibolehkan. Tetapi tempatnya adalah lebih sesuai di atas bumbung bahagian depan berbanding dengan belakang.

Tidak dibenarkan memasang bendera di bahagian muncung hadapan kenderaan kerana hanya pihak istana dan kerajaan sahaja yang boleh melakukan sedemikian untuk kenderaan rasmi mereka.

Tidak dibenarkan juga memasang bendera di cermin sisi kenderaan di sebelah kanan atau kiri kerana pemasangan bendera di bahagian itu dikhaskan untuk diplomat sahaja.

> Jika anda ingin menjadikan Jalur Gemilang sebagai aksesori pakaian, pastikan ianya lebih tinggi dari aras bahu atau bahagian atas dada. Tidak sesuai membuat sulaman atau hot-press di bahagian tengkuk (belakang). Tidak dibenarkan dipakai di bawah aras dada seperti di bahagian perut, pinggang, punggung, seluar dan sebagainya termasuk kasut, stokin dan pakaian dalam.

> Walaupun hari raya sudah semakin hampir, JANGAN sekali-kali menjadikan Jalur Gemilang sebagai sampin atau kain sarung. TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Jika ingin memakai sebagai Selempang atau Selendang, ianya dibenarkan kerana kedudukan dan darjah kehormatannya lebih mulia.

Akhir sekali ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 53. Semoga diberkati dan berkekalan.

1 Malaysia Menjana Transformasi.


MERDEKA..!!! MERDEKA..!!! MERDEKA..!!!





Zaren Enterprise (Malaysia)
http://www.zaren.my (Zaren Property Classifieds)
http://www.iamNumberTwo.net (I'm Number 2, Not Number 1)

http://AllAboutPropertyMalaysia.blogspot.com (All About Property in Malaysia)
http://myplace.zaren.my (Where I Hang Out Most Of The Time)

Follow Me On FacebookTwitterGoogleBlogger


1 comment:

I'm Number 2

↑ Grab this Headline Animator

Networked Blog