"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu.. ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."
Berdasarkan Hadith Nabi SAW:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka.
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkan hatiku untuk mereka.
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku.
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah hanya
Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin...
Marilah sama-sama kita renungkan dosa, kesilapan dan kesalahan kita kepada kedua orang tua kita.
Siapa tahu jika pernah kita mengguris perasaan mereka dalam keadaan kita tidak sedari.
Siapa tahu segala duka nestapa kita selama ini disebabkan tergurisnya hati seorang ibu atau ayah atas perbuatan yang telah kita lakukan.
Kerana selama ini kita menghisap darahnya, memerah tenaganya, air matanya, keringatnya.
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
Entah kenapa. Mungkin sebab terlalu banyak sangat melakukan kesilapan dan kesalahan selama ini. Air mataku berlinang tak dapat ditanggung. Selalunya kita tak mengendahkan seseorang yang ada di hadapan mata selama ini tetapi tatkala setelah ianya tiada untuk selamanya barulah tersentak dan tersedar.
Kepada sahabat pembaca semua. Sudahkah anda merghubungi ibu bapa anda..? Janganlah biarkan mereka tertunggu-tunggu penuh pertanyaan. Mintalah ampun dan maaf sebelum terlambat. Ada kalanya kita tak tahu bahawa kita pernah mengguris perasaan dan hati mereka.
Dalam dunia tanpa sempadan, jarak bukanlah pemisah. Telefon, SMS, MMS, E-Mail, Internet, Video Conference. Mengapa anda kisahkan kesibukkan anda. Tidak terfikirkah istilah itu tidak pernah wujud dalam diri ibu bapa demi untuk membesarkan anak-anaknya. Mengapa perlu anda melakukan sebaliknya untuk ibu bapa anda sendiri..?
Fikirkanlah...
Zaren Enterprise (Malaysia)
http://www.zaren.my (Zaren Property Classifieds)
http://zaren-properties.blogspot.com (Real Estate in Malaysia)
http://zaren-my.blogspot.com (I'm Number 2, Not Number 1)
http://myplace.zaren.my (Where I Hang Out Most Of The Time)
--- @ WiseStamp Signature. Get it now
No comments:
Post a Comment