Saturday, August 28, 2010

Masa untuk mengecat rumah

Raya dah nak dekat sangat.. Dah mula mengecat rumah ke..?

Ada yang dah siap cat rumah sebelum puasa lagi. Ada jugak yang masih lagi mencari-cari dan terfikir cat apa yang nak digunakan tahun ni..

Kekadang pening jugak kepala memikirkan cat jenis apa dengan warna apa yang nak digunakan untuk mengecat rumah.

Kalau tengok kat kedai jual cat banyak jenis cat yang ada. Siap dengan katalog warna apa yang kita nak. Ada pulak kedai yang bagi perkhidmatan bancuh cat warna apa yang kita suka. Macam-macam ada..!

Tapi tahu ke tak eh yang sebenarnya bukan setakat warna dan jenis cat je yang penting. Cara nak sapukan cat pada dinding pun penting juga sebenarnya. Tak kira lah jenis cat mahal ataupun jenis cat yang murah. Nak mengecat bahagian dalam rumah ataupun bahagian luar rumah. Setiap satunya ada cara tersendiri.

Kalau betul cara buatannya, mengecat mesti menjadi lebih mudah dan yang paling penting sekali dapat jimatkan bajet daripada tukar perabot, permaidani ataupun perhiasan baru. Takdelah membazir sangat. Lainlah kalau orang yang jenis duit tak abis guna. Tak kisahlah nak buat apa pun. Tapi kalau dah banyak sangat pun masih lagi kena berhemah masa menggunakannya. Betul tak..?

> Mengecat bahagian luar rumah.

Bahagian luar rumah sebenarnya tak terlalu penting sangat berbanding bahagian dalaman. Jarang sangat kita melepak kat luar rumah. Tapi untuk menampakkan imej rumah tu daripada jadi macam rumah tak berpenghuni kenalah ditukarkan catnya beberapa tahun sekali atau setiap tahun.

Lepas dah bersusah payah memilih cat kat kedai, mesti kita nak mengecat pulak. Betul tak..?

Perkara penting sekali dalam pemilihan jenis cat untuk bahagian luaran adalah ketahanannya terhadap cuaca.

Bahagian luar rumah terdedah kepada faktor cuaca. Oleh sebab itulah pemilihan cat luaran yang mempunyai ketahanan terhadap cuaca adalah penting. Kalau bajet tak cukup untuk mengecat setiap tahun, ada syarikat yang membekalkan cat yang tahan pada faktor cuaca untuk beberapa tahun.

Kalau dah beli cat yang bagus cara mengecatnya pun kenalah sistematik.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membersihkan lapisan cat yang lama. Pastikan betul-betul bersih dan kikis mana-mana bahagian yang mengelupas. Kalau ada 'jet spray' gunakan. Lebih kurang macam basuh kereta jugaklah kan. Kalau takde benda tu bersihkan setakat yang termampu dan pastikan tiada kulat, cat mengelupas dan juga habuk untuk memberikan hasil yang baik dan tahan lama.

Seterusnya sapukan lapisan primer. Lapisan ni tak perlu lah tebal. Cukup untuk menutup warna yang lama sebelum dilapiskan dengan warna yang baru. Selain itu, dengan menggunakan lapisan primer, warna yang akan disapukan ke atasnya akan lebih terserlah.

Setelah betul-betul kering lapisan primer, bolehlah disapukan lapisan cat warna yang anda dah beli kat kedai cat. Capi dengan rata dan tipis. Tak perlu tebal sangat. Kalau perlu ulang semula selepas lapisan pertama kering. Buat dua atau tiga lapisan. Hasilnya pasti memuaskan dan yang penting sekali cat akan tahan lebih lama.

Warna juga penting untuk diberikan perhatian. Warna yang cerah akan memantulkan haba dari terik matahari. Warna pastel atau kontras pula menyerap haba tetapi bentuk rumah anda akan lebih menyerlah berbanding warna yang cerah. Semuanya terpulang kepada anda untuk memilihnya.

> Mengecat bahagian dalaman rumah.

Bahagian dalaman rumah pun perlu dicat juga untuk memberikan keselesaan dan wajah baru kepada ruangan dalaman. Kalau tak boleh nak mengecat keseluruhan bilik atau ruangan, anda boleh pilih dinding yang menjadi fokus utama dalam ruangan tu.

Kadangkala kita perlu lebih kreatif dengan warna.

Contohnya. Gunakan warna yang berbeza antara dinding lain dengan dinding di mana anda letakkan set televisyen atau ruang hiburan. Dengan cara ini, anda boleh menaikkan lagi fokus ke ruangan tersebut.

Warna-warna boleh dipelbagaikan.

Cara mengecat juga sama dengan cara mengecat luaran tetapi ruangan dalaman tak perlu dibasuh dengan air. Hanya tempat tertentu sahaja jika perlu. Sebabnya, ruangan dalaman biasanya lebih bersih dan tidak terdedah kepada faktor cuaca. Tiada kulat, habuk atau cat mengelupas. Tetapi lebih baik dibersihkan betul-betul sebelum kerja mengecat.

Anda boleh juga membuat garisan sempadan (border) untuk mengasingkan ruangan ataupun menampakkan imej lebih ceria dan menarik dalam satu ruang. Contohnya dinding di bahagian membaca boleh diwarnakan dengan warna lain dan dinding bahagian lain diberikan garisan sempadan untuk mengasingkannya.


> Kesimpulan.

Mengecat rumah boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan cara yang betul. Jika anda ingin berjimat, anda boleh mengecat sendiri rumah anda mengikut warna yang ada gemari dan seterusnya mengurangkan kos membayar kontraktor ataupun menukar perabot yang baru.

Apa kata kalau anda mencubanya. Pasti menyeronokkan dan kepuasan hati anda pasti lebih apabila melihat hasil kerja tangan anda sendiri.






ZAREN ENTERPRISE (MALAYSIA)
www.zaren.my   Search. Add. Buy. Sell. Rent. It's all about Real Estate in Malaysia.
Follow me on: FacebookTwitter


1 comment:

  1. Tips mengecat yg mmg terperinci. Akan saya jadikan panduan bila nak mengecat rumah kelak. :)

    ReplyDelete

I'm Number 2

↑ Grab this Headline Animator

Networked Blog