Saturday, August 28, 2010

Hujan lagi.. Mesti semua licin dan basah.

Sekarang ni dah pun pukul 4.09pagi di Kota Tinggi, Johor. Terdengar pulak bunyi angin kat luar. Tak lama lepas tu hujan pun turun.. "Aini..! Angkat kain hujan... Jemuran dah turun...!"

Alhamdulillah, nasib baik hari ni hari Sabtu. Tak payah nak ke pejabat hari ni. Memandu masa hujan boleh menjengkelkan. Tak kurang jugak membahayakan kalau tak betul-betul bersedia dan berhati-hati. Tumpuan yang lebih diperlukan semasa memandu dalam keadaan hujan terutama sekali jika disertai dengan angin.

Penglihatan pun terhad. Pernah aku memandu masa hujan dapat tengok jarak tak sampai pun beberapa meter. Plaza tol kat depan pun tak jelas. Kalau memandu waktu malam pulak, lampu kereta depan jelah jadi petunjuk. Tu pun kalau pemandu tu takde masalah.

Nasihat daripada aku, pengguna jalanraya. Jangan memandu jika anda tidak bersedia. Berhenti di mana-mana tempat yang selamat. Kalau perlu jugak, pastikan anda memandu pada kelajuan yang selamat. Jangan terlalu perlahan dan jangan pulak nak memecut je. Nyalakan lampu kabus atau kalau perlu lampu utama. Tapi jangan pulak memandai-mandai nak pasang lampu HAZARD. Bahaya tau tak..!

Memandu terlalu perlahan boleh jadi berbahaya. Selalunya kemalangan berlaku kalau ada kenderaan terpaksa beratur mengikut kenderaan anda yang dipandu terlalu perlahan. Memanglah anda selamat. Tak fikir pulak orang lain yang kemalangan disebabkan tindakan pemandu kat depan sekali tu yang terlalu perlahan. Ingat kata-kata hikmat aku ni.. "MENGEKORI KENDERAAN LAIN ADALAH AMAT BERBAHAYA..!"

Sedikit nasihat daripada aku yang selalu menghabiskan masa kat atas jalan terutamanya ketika hujan.

1.  Jangan memandu kalau anda tak boleh memandu dalam keadaan hujan. Atau dalam perkataan lain kalau kereta anda diperbuat daripada kertas, tak payah lah nak ada kat atas jalan raya masa hujan. Bahaya untuk diri sendiri dan orang lain.
2.  Nyalakan lampu kabus. Jika perlu nyalakan lampu utama. Jangan mengada-ngada nak nyalakan LAMPU KECEMASAN. Nanti orang ingat kereta tu tengah sedap berhenti kat tepi jalan.
3.  Jangan memandu terlalu perlahan atau laju. Rileklah dengan 'throttle' tu. Kurangkan penggunaan brek sebab jalan licin dan brek selalunya tak membantu sangat. Gunakan gear rendah lagi bagus.
4.  Hadkan jarak antara kenderaan di hadapan. Ikut lampu belakang kenderaan di hadapan kalau penglihatan terhad. Jangan ikut terlalu dekat sebab nanti tak sempat nak brek, tercium pulak belakang kenderaan kat depan tu. Dah tak cantik muncung tu pulak.
5.  Waktu siang, lagi bagus kalau pakai cermin mata khas untuk memandu dan bukan 'sunglass'. Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa berkabus atau hujan kerana warna merah dan oren lebih jelas kelihatan. Tak percaya, pegi kedai pastu cuba pakai cermin mata warna amber.
6.  Balik ke nombor 1 tadi. Jangan memandu kalau tak boleh. Tangguhkan perjalanan kalau boleh. Kalau terpaksa jugak, pastikan anda dan kenderaan anda bersedia untuk menempuh cuaca hujan tu.

Okey.. Selamat memandu dan salam sejahtera...!






Zaren Enterprise (Malaysia)
http://www.zaren.my (Zaren Property Classifieds)
http://zaren-properties.blogspot.com (Real Estate in Malaysia)
http://zaren-my.blogspot.com (I'm Number 2, Not Number 1)
http://myplace.zaren.my (Where I Hang Out Most Of The Time)

Follow Me On FacebookTwitterGoogleBlogger


No comments:

Post a Comment

I'm Number 2

↑ Grab this Headline Animator

Networked Blog